Aku bukan musuh harta di gam RTM

by dari admin: | 5:22 PM in | comments (0)

Hanya berasal dari sebuah puisi dan telah pun di lagukan oleh kumpulan Algebra. Ianya agak biasa saja dan tiada nampak apa-apa yang menarik. Tapi apabila lagu " Aku Bukan Musuh Harta" di gam oleh RTM tiba-tiba ia telah menjadi panas dan terkenal. Aku pun sebelum ni tak pernah kenal dengan kumpulan Algebra tapi sekarang dah kenal.
Menurut kenyataan rasmi RTM, pihaknya tetap mempertahankan pengharaman lagu tersebut kerana RTM hanya meluluskan lagu yang berunsurkan nilai moral dan kesantunan bahasa di samping aspek teknikal yang dipersetujui oleh jawatankuasa panel penilai.Dalam kata lain, apa yang boleh difahamkan dari kenyataan tersebut bahawa lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' ini tidak diluluskan kerana liriknya tidak mempunyai nilai moral dan tiada kesantunan bahasa.
Nampaknya selepas ini pihak yang ingin menghasilkan lirik dan lagu hendaklah terlebih dahulu memikirkan sama ada lagu mereka akan di gam atau tidak, mungkin bahasa yang kasar agak tidak boleh diterima oleh stesen penyiaran.